Benda ni jadi masa aku duduk hostel dulu.Kiranya around first or second semester lah kot.And rules kat hostel masyaallah mengalahkan duduk dekat asrama sekolah.Kebiasaannya student boleh balik/pulang every week but kena ambil cop autograph daripada warden.Ketua warden time tu en iqbal.En iqbal adalah seorang warden yang sangat ganas bermisai tebal dan digeruni oleh pelajar-pelajar junior termasuk kami.
Aku ingat lagi dalam satu kejadian percubaan kitorang melarikan diri tetapi gagal akibat ditegur oleh en iqbal lalu dia menahan student ID untuk tujuan menyiasat.Akhirnya student ID tu terbiar kat meja dia setelah kami tak berani nak tunjuk muka mengaku kesalahan kitorang buat percubaan nak keluar dari kolej cara haram.Kalau jumpa pun nanti dia block kitorang tak leh balik seminggu tak ke naya.Alah keluar kedai belakang je pun cari jajan tak kan nak ade cop agak-agak ah.
Suatu hari jumaat yang panas lagi membahang aku dengan rakan baik aku bagai terpanggil-panggil untuk pergi ke kedai belakang kolej.Kat situ ada sebuah gerai bawah pokok jual cendol.Disebabkan jarak kedai yang terlalu dekat and leceh lah kalau nak pi mintak autograph pun so aku dengan zaty just bercadang nak buat muka macam outsider and jalan keluar macam tu je ikut dari belakang.Percubaan kitorang berjaya since pak guard pun mesti ingat kitorang outsider keluar melenggang sehelai sepinggang macam tu je.
Tapi sayang sampai je kedai tu tengok kedai tutup.Alang-alang dah berjaya keluar so kitorang pun decide nak keluar ke kajang kejap.Alah tak jauh pun lebih kurang 40 minit je kalau naik bas.
Sampai kat kajang,pusing-pusing tetiba terdetik niat di hati nak balik ampang.Kebetulan member aku tu pu orang ampang so boleh lah kiranya aku menumpang sekaki tidur rumah dia minggu tu.Hehe.
2 jam kemudian,
Yahoo!Ya kami sekarang berada di ampang sehelai sepinggang ada wallet dengan handphone je dalam poket and kami balik beranang balik hari ahad kemudiannya.Cop autograph warden ke mana cendol ke mana..
No comments:
Post a Comment