Tuesday, April 13, 2010

1

Ke hadapan belog ku yang baru dibuka harini.Actually aku dah lama rancang nak mentulis belog ditambah pula dengan kehadiran beberapa orang rakan-rakan yang turut sama memiliki belog lantas aku juga terkinja-kinja tidak ingin melepaskan peluang mengutuk orang di dalam belog even setakat ni aku tak ada bagitau orang pun aku ada blog.Rasanya lebih kurang macam diari lah kot tulis apa yang kita rasa,sebab aku ni pun dah la daya ingatan terhad harini fikir lain esok dah tak ingat pape.Masa birthday aku bulan februari haritu dah terniat nak create blog but it takes time for me untuk menggoogle cari blogger kejadah ni since aku sedia maklum dengan diri aku yang malas dan suka mentangguhkan kerja.

Well aku rasa people nowadays lebih prefer meluahkan ape yang ada dalam kepala otak diorang melalui belog.Sometime dalam kehidupan harian ada je benda yang terlintas dalam hati,nak pergi luah kat orang takut nanti ada orang naik fed up eh kecoh gila budak ni dah la banyak berleter topic tak ada kena mengena dengan life aku pulak tu bagai.I believe blog is a place where people could state their pinion in their own way.Pendapat orang mana ada yang sama ; sepuluh orang mungkin ada sepuluh pendapat.Sama lah macam seorang emak ada sepuluh orang anak and terpaksa berhadapan dengan sepuluh jenis perangai.Lepas tu nanti boleh perang perjuangkan yang konon pendapat dia tu betul.Kah kah kah!

*dem kenapa intro belog aku macam ni.

Cikgu bahasa melayu aku waktu sekolah menengah dulu *aku lupa nama dia tapi dia ada misai macam Dato' K,selalu tegur aku punya karangan selalu keluar tajuk.Since that aku percaya yang aku tak ada bakat menulis dan memiliki tahap penceritaan yang teruk.Itu lah akibatnya kalau dulu waktu cikgu tengah busy mengajar kat depan student dia pulak busy kat belakang dok bertasbih bawah meja.But well pensel pun kalau hari-hari diasah boleh jadi pendek inikan pulak keyboard.

Oh dang kenapa aku buat belog time tak ada mood nak mentulis.Nanti lah bila ada inspirasi aku tulis lain.Sekarang cuaca panas,cuaca yang panas selalunya buat otak aku jarang berfikir lebih dari seminit.Lain lah kalau ada semangkuk cendol kat depan aku sekarang.

*sigh*

Oh ya.Aku lupa.Assalamualaikum

(:


2 comments: