Thursday, April 29, 2010

13

Lokasi ; Kedai makan kelantan belakang KPM

Akak ; Nak makan apa adik?

Dia ; Air laici tak nak pedas.Eh,nasi goreng cina tak nak pedas.

Akak ; Nasi goreng cina memang tak pedas adik.Cina tak makan pedas-pedas.

Tuesday, April 27, 2010

12

Aku ; Bau apa ah ni busuknya.

Mak ; A'ah tu la lama dah dari tadi dok cari bau busuk apa entah nak kata ada bangkai mati tak tau mana mai.

Aku ; *angkat bau punggung baby*.Mak,Thirah berak lah.

Monday, April 26, 2010

11

Benda ni jadi masa aku duduk hostel dulu.Kiranya around first or second semester lah kot.And rules kat hostel masyaallah mengalahkan duduk dekat asrama sekolah.Kebiasaannya student boleh balik/pulang every week but kena ambil cop autograph daripada warden.Ketua warden time tu en iqbal.En iqbal adalah seorang warden yang sangat ganas bermisai tebal dan digeruni oleh pelajar-pelajar junior termasuk kami.

Aku ingat lagi dalam satu kejadian percubaan kitorang melarikan diri tetapi gagal akibat ditegur oleh en iqbal lalu dia menahan student ID untuk tujuan menyiasat.Akhirnya student ID tu terbiar kat meja dia setelah kami tak berani nak tunjuk muka mengaku kesalahan kitorang buat percubaan nak keluar dari kolej cara haram.Kalau jumpa pun nanti dia block kitorang tak leh balik seminggu tak ke naya.Alah keluar kedai belakang je pun cari jajan tak kan nak ade cop agak-agak ah.

Suatu hari jumaat yang panas lagi membahang aku dengan rakan baik aku bagai terpanggil-panggil untuk pergi ke kedai belakang kolej.Kat situ ada sebuah gerai bawah pokok jual cendol.Disebabkan jarak kedai yang terlalu dekat and leceh lah kalau nak pi mintak autograph pun so aku dengan zaty just bercadang nak buat muka macam outsider and jalan keluar macam tu je ikut dari belakang.Percubaan kitorang berjaya since pak guard pun mesti ingat kitorang outsider keluar melenggang sehelai sepinggang macam tu je.

Tapi sayang sampai je kedai tu tengok kedai tutup.Alang-alang dah berjaya keluar so kitorang pun decide nak keluar ke kajang kejap.Alah tak jauh pun lebih kurang 40 minit je kalau naik bas.

Sampai kat kajang,pusing-pusing tetiba terdetik niat di hati nak balik ampang.Kebetulan member aku tu pu orang ampang so boleh lah kiranya aku menumpang sekaki tidur rumah dia minggu tu.Hehe.

2 jam kemudian,

Yahoo!Ya kami sekarang berada di ampang sehelai sepinggang ada wallet dengan handphone je dalam poket and kami balik beranang balik hari ahad kemudiannya.Cop autograph warden ke mana cendol ke mana..

Friday, April 23, 2010

10

RABU.

8 p.m-Perlis

9 p.m-Kedah

11 p.m-Penang

KHAMIS.

3 a.m-Damansara

4 a.m-Bukit Indah,Ampang

12 p.m-Beranang,Selangor

2 p.m-Bangi

3 p.m -Kajang

7 p.m-Ampang Jaya,Ampang

9 p.m-Ampang Point,Ampang

11 p.m-Bukit Indah,Ampang

JUMAAT.

4 a.m-Atas highway

11 a.m-Perlis

12 p.m-Lecturer call suruh balik Beranang,Selangor ASAP.

Wargh!!


Wednesday, April 21, 2010

9

Aku bangun awal harini.Ya bangun awal dengan semangat yang berkobar-kobar nak jumpa dokter Tan setelah bertahun-tahun tak ketemu.Last aku jumpa masa pergi palam gigi aku yang first kot,tahun lepas..

Pukul 9 aku sampai kat tempat kejadian and tengok suasana macam tenang jek,orang tak datang lagi kot.Aku melangkah menaiki tangga dengan hati berbunga-bunga bila fikir mesti tak ramai orang harini so cepat lah aku boleh balik.Bukak je pintu kelinik hah nak amek kau berbelas-belas orang duduk atas kerusi.

Aku "Ramai lagi ke kak?"

Akak comel dekat kaunter "Ada lagi dua belas,sorang dah masuk.Kalau nak awal datang awal la pukul dua nanti after rehat".

Aku diam,aku kira-kira kalau seorang ambil masa paling koman sepuluh minit,sejam enam orang,dua belas orang sama dengan dua jam.Tu pun kalau sorang masuk sepuluh minit je.

Aku ambil keputusan balik rumah makan sambil tengok tv dulu.Memang tertunai hasrat aku nak balik awal..

And pukul dua petang tadi memang aku awal-awal dah terpacak sepuluh minit lagi awal kat depan kelinik.Pintu pun tak bukak lagi.Akak comel jaga kaunter tu pun senyum-senyum je pandang aku.Hehe..Nah amek kau aku jadi orang first sekali jumpa dokter Tan.Orangnya dah tua tapi nampak cool jek.Aku rasa semua orang dekat perlis ni sayang dia since tak ramai dentist yang mampu buat kerja gerudi cabut gigi bagai semua tu tanpa rasa sakit nak menggelupur atas kerusi tu.Dulu aku cuak kot kalau bab-bab jumpa dokter gigi ni.Nasib baik akak-kak nurse kat sekolah rendah dulu pandai bodek after check gigi dia bagi aku free gift ubat gigi dengan berus gigi,tak pun binatang ape ntah comel-comel buat dari kapas kalau gantung nampak comel jek.Bangga kot kalau dapat benda macam tu tunjuk kat kawan-kawan.Tapi tadi aku tak ada nampak pulak benda-benda gantung macam tu kat dalam kelinik dia.Kalau tak boleh mintak as free gift.

Masa dok godek gigi aku tu dia asyik sebut "deep,deep" sambil geleng-geleng kepala and senyum.teringat aku kat miss deep lecturer english aku tu.Dia punya pandangan mata sekali dia tenung mau kau rasa macam nak mintak jadi invisible jek time tu.Dokter Tan cakap boleh palam.Isk buat aku cuak jek tadi maunya dia cabut sebijik gigi geraham aku yg berserpih 20% tu karang naya jek tak mengunyah aku lepas ni.Around 10-15 minit jugak lah kot dia angkat spanar gerudi baldi batu bata keluar masuk dalam mulut aku ni.Ok tipu

Dah habis bayar semua masa masuk dalam kereta start enjin baru aku terfikir,


Aku dah korek hidung ke tadi?Agak-agak dia jumpa pape tak masa aku dok suluh mulut aku?Dah la kedudukan hidung dengan mulut dekart-dekat je.

*sigh*

Tuesday, April 20, 2010

8

Petang tadi,masa aku dok kunyah kacang Koh-kae perisa bbq yang aku beli setelah curik-curik drive pi padang besar masa bos aku suruh pi ambik check dekat sekolah berdekatan.Aku cuak bila dia call pukul 11 walhal time tu aku dok rumah pakai baju tidur main farmville.

Haritu dia dah tegur aku pergi kerja pakai selipar jamban and aku jawab balik aku pergi kelas pun hari-hari pakai selipar jamban.Habislah..

Pasal makan kacang koh-kae perisa bbq.Masa tengah seronok kunyah-kunyah tiba-tiba rasa macam ada batu.Takkan dalam kacang bersalut kulit perisa bbq tu ada batu..Bla3..

Ok senang cakap.Rupa-rupanya gigi geraham aku berserpih.Gigi aku!20% daripada bahagian sebatang gigi tu musnah dalam kejadian.Sekarang aku rasa cacat.Tak sakit tapi rasa sangat luar biasa bila gigi rasa macam tak saling melengkapi.Macam mana aku nak kunyah char koe teaw lepas ni,macam mana nak makan ais krim,macam mana nak kunyah benda-benda keras,macam mana nak makan ais kacang hujung kampung.Nanti mak cik kedai mesti kecik hati kalau aku tak pi kedai dia makan ais kacang macam selalu.

Last masa aku check gigi aku tahun lepas dentist tu cakap gigi aku ok sihat walafiat tak ada masalah apape teruskan usaha memberus gigi dua kali sehari bla3..Dentist tipu aku sebab nak ambil hati pelanggan ke?Hm..Now aku terpaksa buat appointment jumpa dentist pukul 8 pagi esok.Hopefully dia tak caj mahal-mahal setelah duit aku tadi dah habis dilabur dekat padang besar.Tak pun dapat free gift best-best ke.Kau kejam kacang poh-kae..

Aku baru 21,dah terpaksa belajar terima hakikat kekuatan gigi aku dah tak luarbiasa macam dulu.Agak-agak kalau aku start minum susu 4,5 gelas sehari lepas ni mampu ke mengembalikan kekuatan gigi aku macam dulu?Hm..Nak kena pujuk hati supaya bersabar esok bangun pagi aku bawak sayang rujuk kat tok dukun na.

Sekarang kawan aku dah terpacak kat depan rumah.Aku pasti dia nak ajak aku pi makan ais kacang.Tak kan nak tolak pulak nanti dia tergurus hati.Tak elok buat kawan-kawan kecik hati ni.Ok bye

Monday, April 19, 2010

7

Aku dah mula tension dengan mak cik sebelah,kesian tu kesian.Dah lah tak sihat suami dah tak ada harap anak-anak lelaki tapi hari-hari hilang entah ke mana emaknya sakit kat rumah biar aje.Cari mak bila nak duit.Walhal dulu masa kecik mak dia manjakan bukan main,until now.

Haritu dia datang rumah aku join makan nasik,lepas tu datang mintak ais kosong nak bagi anak-anak dia minum,lepas tu nak biskut baby thirah kononnya nampak sedap nak buat minum petang,biskut baby tu sayang.Lepas tu datang kejut aku tengah tidur ajak drive bawak dia pergi kedai beli ubi kononnya ubi yang dia beli rosak langsung tak boleh pakai.Padahal masa kat kedai dengan muka mamai selebet aku tunggu dia pusing-pusing beli jajan,ais krim,roti bagai.Balik rumah tolong bawak masuk barang-barang dia dalam rumah aku tengok atas meja ada ubi rebus panas-panas lagi besar gedabak pulak tu elok je.

Then tuari dia datang suruh aku sapu roti dengan planta dengan gula.Dah habis makan aku tengok dia pergi dapur pulak suruh adik aku sapu roti dengan jem strawberry and peanutbutter lagi.After that semua pakat pi buat kerja masing-masing rupa-rupanya dia masuk dapur lagi cari makanan,habis roti aku baru beli nak bagi baby makan dia bukak makan and tinggalkan macam tu je.

Harini masa aku dengan family tengah berpeluh-peluh sapu bakar sampah kat luar dia datang ajak bawak dia naik kereta gi kedai lagi.Haish..aku sambung buat kerja then mak aku datang bagitau mak cik tu tau-tau dah kat dalam rumah bukak peti sejuk semua cari marjerin dengan jem buat sapu kat roti sorang-sorang dia.Then biarkan semua benda atas meja and belah.

Mampukah aku bertahan...Ke everytime dia datang aku nak lari sembunyi buat macam tak ada orang kat rumah..

Saturday, April 17, 2010

6

Sometimes,

I just wish I know exactly what am I looking for in my life ..

Friday, April 16, 2010

5

Harini pergi ambil adik aku balik asrama.Dalam perjalanan jumpa biawak tengah jalan and aku rasa biawak tu pun nampak kereta aku nak langgar dia.Tapi muka dia nampak relax je terkedek-kedek nak lintas jalan sampai aku pulak kena break tunggu dia melintas.

Adik aku "Orang kata kalau nampak biawak kalau dalam perjalanan nak pi mana-mana maknanya sial.Orang patah balik".

Aku "Kalau macam tu jum lah patah balik.Talipon aziah bagitau kat dia balik sendiri.Kak ilah tak boleh pi ambik sebab jumpa dinosor tengah jalan".

*sigh*

Thursday, April 15, 2010

4

Hah ambik kau sakat lagi budak tengah obses dengan MLM kejadah bagai tu.Tak pasal-pasal dia bawak backup laki bini datang membalas bertubi-tubi.Buat duit dari rumah goyang kaki tolong orang melayu bagai,nak bukti tengok gambar pergi melancong pusing dunia kereta besar rumah besar laki bini besar duit entah datang dari mana bersusun 7,8 tingkat.

Lepas tu tag kawan-kawan dengan gambar duit,gambar kereta,gambar rumah sewa and cakap "Jana bisnes ribuan ringgit dengan cara mudah,tak perlu modal,tak perlu pergi kerja dok rumah goyang kaki saja,murah mudah pantas bagai lepas tu hasut kawan-kawan join.Tak nak tak apa kami nak tolong kawan-kawan je.Kalau tak nak hiduplah anda dalam kebodohan dan kerugian".Babi.

Bisnes nak gempak saja.Pasal MLM silap-silap kawan lama boleh bergaduh putus kawan bagai.Bertahun-tahun tak jumpa punya lah gembira kawan ajak melepak minum sama-sama rupanya nak perkenalkan 'bisnes' baru.

Realitinya sepanjang aku hidup ni aku tak jumpa lagi la depan mata kawan aku betul-betul kaya raya lepas masuk MLM.Yang serious aku nampak depan mata is macam mana kawan putus kawan sebab MLM,couple putus couple,student kena buang kolej sebab result jatuh merudum,and kena tanggung hutang bilamana pinjam duit dua tiga ribu konon sebab dah dijanjikan sebiji kereta.Dulu awal-awal kau cakap tak kan kena tipu punya company popular semua orang kenal,kau masuk sebab nak ubah hidup kau nak orang bukak mata dekat kau.Sekarang kau susah mana pergi kawan-kawan MLM kau yang dah kaya raya tu?

Ingat kau sorang je?Aku pun ade lah join KHDRM100.Tak sempat korek hidung baru niat dalam hati duit syiling dah tersembur-sembur keluar dari hidung.Saya sudah,anda bila lagi?Kah kah kah!

Belah lah.

 

Wednesday, April 14, 2010

3

"LaU Nak tUNjuk sANgat pERangAi SEbod0h-s0mb0nG k0. . puN JAWAB la salaM. .yG oRg BagI KaT Ko. .kO IslAM kaN??sUsaH sANgat KEr. .tU la..SoMb0Ng x BeTeMPat. ."

Kalau kau rasa kau lelaki,umur dah 22,and kononnya berfikiran matang dan jauh sila tolong puhleez jangan taip besar kecik besar kecik macam budak-budak sekolah menengah rendah baru nak up.Kalau masa umur belas-belas sekolah tak habis lagi dulu aku masih boleh terima lagi la.Lagipun selesa ke taip kat keyboard macam tu?

Dah tu kalau orang tak nak jawab salam tak payah lah sampai nak menyumpah agama bagai.Bagi salam kat wall post je pun.Wajib ke untuk dia jawab salam kau dengan mentulis kat wall post tu balik?Siapa tau kalau dah jawab dalam hati je?Dah tu jangan cakap mintak maaf kat aku and pelik sedangkan kau tak ada salah kat aku but nak mintak maaf jugak.WTF?Geli nyah.

Jangan kata aku dah banyak berubah sedangkan kau kenal aku pun tak.Setakat tegur sekali dua nak then buat judgement pasal aku,patut ke?

"Apa yang kau tak puas hati kat dia sebenarnya?"

"Ntah.Dia buat aku rasa annoyin"

*betul kan pasal benda macam ni pun boleh gaduh.


2

Hye.Its me.I'm simply a complicated person.I try dont write a lot since I know tak semua orang setuju dengan apa yang kita rasa so better simpan benda-benda negatif tu dalam hati je daripada luah but then bergaduh hilang kawan bagai.*Nampak sangat ada banyak benda negatif dalam hati but hey its normal lah.Ingat angel ke hati suci bersih putih berseri-seri*.Ditambah pulak bilamana banyak benda yang buat aku rasa annoyin lately.And aku rasa aku pun dah buat ramai orang rasa annoyin dengan aku.

How I wish if life's very simple as when you're at the young age.Bila tengok budak-budak at that age you'll know betapa hati diorang bersih tak ada hasat dengki,tak ada tamak,tak ada nak gulingkan orang lain and ketawa terbahak-bahak bila tengok orang tu rebah kena sepak terajang papa kedana,tak ada nak datang rumah orang mintak geran tak pun perjuangkan hak konon sepatutnya harta ni hak dia bagai tak pun datang bertengkar bawak kapak serang tuduh ayam dia hilang seekor jiran curi.Come on lah,nanti mati buat lah wasiat suruh orang tabur semua harta aku tu dalam kubur.Bawak mati jaga sendiri semua benda tu puas hati.

I'm 21 this year.And there's nothing much that I can say I'm proud of except I my family which is the best thing that God had ever give to me.Tu je harta yang aku ada dalam dunia ni.Tryin to be positive and 'tak ambik port' but sometimes sifat macam tu maybe boleh buat orang rasa macam kau ni jenis manusia hape ntah.Aku rasa aku jenis buat benda ikut hawa nafsu sendiri.Life's just once.

Aku tak pandai berkawan.Being with certain people kadang-kadang buat aku rasa blank and terpaksa buat fake smile or laugh macam benda tu sangat lawak padahal aku tak faham sepatah haram.Thanks God ada lagi kawan yang sanggup stay with me bertahun-tahun and terima aku seadanya even kadang-kadang kita keluar melepak dalam keadaan muka selekeh rambut menggerbang baju macam boleh masuk lagi dua badan kau and seluar pendek and pokai.

Now you're young and stupid, you'll make silly mistakes, but remember, you have to learn from it.you'll learn a lesson and get a life experience. And when you get older definitely you'll be a better person.

*Tadi ada aku cakap tak suka write a lot ka?

Tuesday, April 13, 2010

1

Ke hadapan belog ku yang baru dibuka harini.Actually aku dah lama rancang nak mentulis belog ditambah pula dengan kehadiran beberapa orang rakan-rakan yang turut sama memiliki belog lantas aku juga terkinja-kinja tidak ingin melepaskan peluang mengutuk orang di dalam belog even setakat ni aku tak ada bagitau orang pun aku ada blog.Rasanya lebih kurang macam diari lah kot tulis apa yang kita rasa,sebab aku ni pun dah la daya ingatan terhad harini fikir lain esok dah tak ingat pape.Masa birthday aku bulan februari haritu dah terniat nak create blog but it takes time for me untuk menggoogle cari blogger kejadah ni since aku sedia maklum dengan diri aku yang malas dan suka mentangguhkan kerja.

Well aku rasa people nowadays lebih prefer meluahkan ape yang ada dalam kepala otak diorang melalui belog.Sometime dalam kehidupan harian ada je benda yang terlintas dalam hati,nak pergi luah kat orang takut nanti ada orang naik fed up eh kecoh gila budak ni dah la banyak berleter topic tak ada kena mengena dengan life aku pulak tu bagai.I believe blog is a place where people could state their pinion in their own way.Pendapat orang mana ada yang sama ; sepuluh orang mungkin ada sepuluh pendapat.Sama lah macam seorang emak ada sepuluh orang anak and terpaksa berhadapan dengan sepuluh jenis perangai.Lepas tu nanti boleh perang perjuangkan yang konon pendapat dia tu betul.Kah kah kah!

*dem kenapa intro belog aku macam ni.

Cikgu bahasa melayu aku waktu sekolah menengah dulu *aku lupa nama dia tapi dia ada misai macam Dato' K,selalu tegur aku punya karangan selalu keluar tajuk.Since that aku percaya yang aku tak ada bakat menulis dan memiliki tahap penceritaan yang teruk.Itu lah akibatnya kalau dulu waktu cikgu tengah busy mengajar kat depan student dia pulak busy kat belakang dok bertasbih bawah meja.But well pensel pun kalau hari-hari diasah boleh jadi pendek inikan pulak keyboard.

Oh dang kenapa aku buat belog time tak ada mood nak mentulis.Nanti lah bila ada inspirasi aku tulis lain.Sekarang cuaca panas,cuaca yang panas selalunya buat otak aku jarang berfikir lebih dari seminit.Lain lah kalau ada semangkuk cendol kat depan aku sekarang.

*sigh*

Oh ya.Aku lupa.Assalamualaikum

(: