Thursday, May 27, 2010

28

Masa aku duduk hostel KPM dulu ; which look like hostel sekolah menengah.Aku suka lepak dekat luar time malam-malam dengan kawan baik aku zaty.Hostel perempuan ada 2 block ; block lama dan baru.Tapi kedua-duanya lebih kurang je.Cerita hantu jangan nak cakap lah macam-macam versi ada.Hantu tangga,hantu toilet,hantu bilik kosong,hantu court badminton lama,hantu tangki air,hantu tindih orang,hantu goyang katil,hantu suka ponteng bacaan yasin dari bilik ke bilik masa malam isnin.Hehe...

Antara block lama dengan block baru tu ada satu tangga menghubungkan sebab block baru lokasi tinggi sikit dari block lama.Kalau duduk situ malam-malam boleh tengok KLCC sayup-sayup nun jauh di sana ditemani bintang-bintang dan angin malam yang sejuk dan nyaman.Memang leka and cantik.Aku suka perasaan tu.Sebab tu aku dengan zaty buat tangga tu tempat kitorang melepak sambil heret milo panas 3 in 1 dengan tin biskut cheese buat bekal mengumpat dan borak-borak kosong. 

Tapi mengikut sejarah orang-orang lama di situlah lokasi di mana mereka terserempak dengan lembaga hitam duduk sorang-sorang kat tangga tu lewat malam masa semua budak hostel tengah tidur.Kan dah cakap,kat tangga pun ada hantu.Sebab tu bila aku dengan zaty balik bilik lewat je tiap-tiap malam senior mula lah ugut kitorang dengan kisah-kisah seram kat tangga tu."Karang hantu tu ikut kau masuk bilik ni macam mana?".Blergh..

Tapi kejadian pada malam tu memang aku tak kan lupa...

Aku dengan zaty kemain seronok lepak kat tangga tu makan biskut cheese sampai sedar-sedar dah pukul 1-2 pagi.Aku tengok lampu bilik aku dah tutup.So aku memputuskan nak turun block lama tumpang tidur bilik zaty je.5 minit ketuk pintu bilik zaty tapi tak ada respon.Tidur mati betul budak-budak ni.Nak jerit kuat-kuat karang senior-senior sound pulak tengah-tengah malam pekik-pekik macam orang gila.Kita budak-budak freshie ni kena bertata susila,kena jaga adab,kena respect senior maklum lah freshie.Salah sikit senior sentap buat meeting tergempar maki-maki kata baru freshie dah kurang ajar tak reti nak respect senior pulak.

Keputusan nak tidur bilik zaty terpaksa dibatalkan.Terpaksa lah jugak heret tin biskut cheese tu naik tangga tingkat 3 block baru ketuk-ketuk bilik aku dengan harapan kot-kot siapa-siapa nak terjaga tolong bukak pintu bagi kitorang masuk.5 minit mengetuk dan keputusannya hampa.Dah pukul 2 pagi aku rasa kalau budak-budak bilik aku tu terjaga pun mesti ingat hantu main pintu bilik nak usik dia pagi-pagi gini.

Aku pandang zaty,zaty pandang aku.Tak kan nak tidur kat tepi pintu bilik ni kot.Sadis gila macam kena halau dari bilik lah pulak.

Dan pagi tu,





Block baru gempar,senior jumpa kelibat 2 lembaga hitam kat dalam bilik tv masa bangun subuh.Kat bilik tv pun dah ada hantu bilik tv!




Sampai sekarang aku harap akak tu tak nampak muka sebenar lembaga tu.Dah lah sofa bilik tv tu langsung tak empuk rasa kayu je..

3 comments:

  1. lu ni memang nak buat diari ke.

    hahaha.


    ((wa suka hantu tetek lanjut. sebab nampak tetek))

    ReplyDelete
  2. gyahahahahaahah~

    berd babi
    berd tanbi (setan + babi)
    gyahahahahaah~

    gwa tau sape raksasa upahan 2 ekor tu
    korang la kan3?
    gyahahahaahahahahaah~

    aphal lu nyanyi lagu justin BIBIR
    kt chatbox gwa?
    gyahahahahaahahahahahahahaahah~

    ReplyDelete
  3. nostalgia pulak baca ni, KLCC view lagi tu.

    ReplyDelete