Friday, May 14, 2010

21

Apsal entah emosi lately pelik bebenor..

Bontot rasa besar,I wish I had a big new car like my ass,eh tak tak.Nafsu makan bertambah-tambah macam dinosor nak makan nak makan nak makan mana makanan bak sini nak makan!Tengok semua benda rasa nak beli nak kasut nak baju nak beg nak nak nak nak katakanlah nak kepada semua benda tapi dalam bank ada rm12.45.

Kalau lah boleh keluarkan rm2.45 tu dah lepas nak beli cucur pisang rangup kat hujung kampung makan sambil minum horlick ho ho ho panas-panas.Nostalgia lah goreng pisang tu sebab goreng pisang mak cik itu lah a few month left before PMR aku pergi sekolah exam percubaan dengan mulut pecah gigi serpih muka tampal-tampal tangan balut macam bergaduh dengan mafia.

Berlagak lagi kayuh basikal nak tunjuk hero,time belok 90 darjah lepas tangan siap patah-patahkan leher lagi.Nasib baik ada saksi nampak kejadian pergi tolong kutip aku sorang-sorang dalam semak sangkut kat pagar kawat duri and heret balik rumah.Seminggu tak boleh mengunyah and seminggu jugak tak boleh gelak.


"Kau bergaduh ke?"

"Tak aku jatuh beskal sorang-sorang"

2 comments:

  1. kesatria baja hitam jatuh beskal??? cam tak logik weh... wakaakkakaaka

    err..sian....sian... :D

    ReplyDelete
  2. sedangkan superman yg powerful tu pun boleh jadi lemah kalau kena kryptonite,ultraman pun lama-lama lawan boleh keluar lampu merah.pendekar pun kadang-kadang buat silap dalam sesi latihan nak meningkatkan kuasa ni.haha

    ReplyDelete