Saturday, May 8, 2010

18

She's the strongest woman I've ever met in this world.

Masa kecik-kecik around aku berumur 3,4 tahun I used to ikut mak aku jual kuih pagi-pagi dekat warung depan jalan kampung aku.Aku duduk dekat raga rotan kat belakang basikal and mak aku kayuh ke kedai.And ada pelita dari 'kabat' teman kitorang since waktu tu subuh and gelap lagi.I grow up dengan melihat how my parents struggle up for a better life untuk anak-anak.Yup,itu di antara memori zaman kanak-kanak yang aku still ingat zaman sekarang.

Bila umur aku 5 tahun mak aku hantar aku pergi tadika islam.Baju kurung putih and kain hijau.Ingat senang ke setelah bertaun-tahun hidup berkepit dengan mak aku tetiba nak kena duduk kat tadika 4,5 jam tanpa kelibat dia.Hehe..Masa umur 6 tahun aku tukar tadika KEMAS pulak.Baju kotak-kotak.Kadang-kadang rasa macam budak pelik pun ada masa tadika sebab aku jarang join satu group besar dalam tadika tu.Aku selalu main sorang-sorang tak pun dengan lagi dua tiga orang budak-budak terpinggir kat tadika tu.Group besar yang aku maksudkan tu adalah geng anak cikgu tadika tu.Dia perempuan,and suka kontrol budak-budak comel lain untuk main dengan dia saja.So aku boleh la tengok budak lelaki kategori comel main kahwin-kahwin bersanding and masak-masak and beranak bagai while aku pulak main susun-susun nego tak pun uli tanah liat buat patung.Ada sekali abah aku belikan aku jam power rangers and seriously aku dah siap berangan masuk toilet tadika seru 'go go power rangers' and berangan bertukar jadi power ranger kuning.Hehe..

Balik dari tadika kadang-kadang mak aku bawak aku singgah kedai.So dapatlah peluang nak beli ais krim malaysia.Tapi aku ak suka yang ais pop tu,aku suka yang tauke kedai tu buat sendiri perisa milo.Tak pun ding dang or tora datang lagi.Tauke kedai tu pun rasanya dah tak ada dah sekarang.And pukul 2 petang gitu mak aku hantar pulak aku pi mengaji.Mak aku garang sikit dulu so kadang-kadang arwah nenek aku yang bawak aku pi.Darjah dua kot aku start baca al-Quran.

Bila masuk sekolah rendah hari-hari mak aku pesan nak makan tu sinting lengan baju.Tapi hari-hari aku balik rumah dengan baju comot daki bagai and mak aku pun terpaksa sental basuh baju aku hari-hari.Kasut aku pun masa darjah 3,4 kot aku belajar basuh sendiri.Darjah 5,6 aku belajar gosok baju sendiri.

Habis mengaji pukul 4,5 tu aku terus balik rumah tukar baju and kayuh basikal keluar main.Aktiviti hari-hari memang banyak ; kayuh basikal melawat kampung,main pondok-pondok tapi masalahnya pi main dekat pondok rumah orang.Main galah panjang sampai melecet kaki.Main aci sembunyi pergi sembunyi celah pokok pisang tak pun dalam telaga lama.Main layang-layang tak pun kejar-kejar berguling-golek kat dalam jerami padi.Terjun tali air belakang rumah and tengok kawan aku 'bersunat awal' bila dia kalam kabut nampak ayah dia datang bawak rota sampai tarik zip tersangkut kat anu dia.Hehe..Kesian kau Haqi.Pastu dah dekat-dekat nak maghrib nampak lah kelibat mak aku datang bawak rotan suruh aku balik mandi.Nangis-nangis kot jalan balik rumah.Lepas tu aku mula la pi ngadu kat arwah tok aku yang mak dah tak sayang aku.Pernah sekali aku kayuh basikal sampai hujung kampung,dekat nak maghrib arwah wan aku datang ikut suruh aku balik.Akibatnya seminggu lebih jugak basikal aku tergantung kat setor.

Malam-malam aku selalunya lepak dengan arwah wan and tok aku.Kadang-kadang aku join wan aku duduk luar malam-malam lepak ambik angin malam and tengok langit.Banyak benda yang aku rindu bila arwah dah tak ada.As cucu pertama aku memang manja and aku rasa semua orang tau pasal tu.Nak pi mana-mana pun nak ikut especially keluar makan.

Since I've lost both of them now.From that I learn betapa pentingnya kasih sayang antara keluarga compare dengan benda lain.Now aku banyak spend time dengan mak aku.Sembang and share everything with her even my facebook password so nanti dia boleh tolong aku main farmville.Hehe..And I love when she offer me to cut my nail.I can said my mom adalah orang yang orang yang paling banyak aku share cerita apa yang jadi dalam life aku and apa aku rasa.And she used to ceritakan balik apa yang dia rasa masa zaman baru kahwin duduk dengan mertua and struggle up kerja macam-macam dengan abah aku untuk besarkan kami.Oh sekarang baru aku faham semua tu.Untuk capai apa yang kami ada sekarang its not an easy job.

Aku pun tak sangka yang dalam umur 20an aku sekarang and kawan-kawan pun dah ada yang kahwin and ada anak,aku dapat lagi seorang adik.But this time aku rasa puas sebab aku tengok sendiri macam mana mak aku bersusah payah bergerak dengan perut besar sampai urat-urat kat kaki nampak jelas,sakit kot.Masa aku dengan adik-adik aku dulu mana lah aku perasan sangat.Budak-budak lagi kot.Time dapat adik yang pertama pun aku tak faham lagi kenapa aku bangun tidur tengok kat bawah mak aku tengah susukan baby.Hehe..

This time aku dapat peluang belajar macam mana nak dukung baby,macam mana nak bancuh susu adik,nak mandikan,nak bawak baby pergi klinik untuk make sure kuning dia tak teruk,cari resepi untuk ibu-ibu lepas bersalin,masak,kemas,layan orang yang datang,tidur dengan mak aku and baby and bangun tengah malam tukar lampin.Alhamdulillah adik aku seorang ni senang nak jaga tak banyak kerenah.

Now adik aku pun dah 11 bulan.And aku tengok mak aku still macam dulu tak boleh nak duduk diam.Bangun awal pagi kalau tak kat luar dia kemas sebelah dalam.And then bagi mandi baby semua,masak,ingat senang ke nak masak ikut selera abah aku yang agak cerewet tu,basuh baju pun kadang-kadang ada certain baju dia nak basuh sendiri tak nak guna washing machine,kadang-kadang ada kain baju kami koyak dia tolong jahitkan,layan kerenah adik aku yang kecik tu sekarang dah macam-macam projek dia tak boleh alpa ada saja benda dia nak buat,check barang keperluan rumah yang dah nak habis,rancang kewangan keluarga,iron baju abah aku yang tak tentu kadang-kadang tetiba je cakap nak pergi mana-mana,drive pergi sekolah hantar or ambil adik-adik aku yang dah besar tu kat asrama,bagi duit belanja kat kami.And she keep doing all those thing everyday tanpa mengeluh.I'm 20 now,adik aku 17,13 and 11 bulan and kami semua membesar hasil titik peluh mak abah aku.

I write this as a reminder to myself dengan apa yang mak aku dah korbankan sepanjang membesarkan kami.Semoga aku boleh mengenang semua benda manis-manis yang aku ada dalam hidup ni,and semoga tuhan balas segala kebaikan yang mak aku dah lakukan,and semoga aku boleh buat mak aku sentiasa gembira macam mana yang dia pernah buat dekat kami sekeluarga.Seorang ibu is like a superwoman in a family.

You're the best thing that ever happened to me.

And to all mothers out there,

HAPPY MOTHERS DAY

3 comments: