"Belajaq bawak kereta ni senang ja yang penting fokus jangan gelabah relax baru boleh buat pertimbangan yang sewajarnya.Tak pernah bawak kereta tak pa janji azam tu ada."
Aku angguk-angguk buat muka faham walhal tapak tangan berpeluh-peluh jantung awal-awal lagi dah tercampak tinggal kat luar kereta masa bukak pintu nak masuk tadi.
First time belajar memandu dia dah heret aku bawak dekat jalanraya.Nampak je lori tayar dekat 10 bijik aku dah mula gelabah tapi tak pe aku ingat pesan tok guru jangan buat muka gabra relax buat-buat je nampak macam kereta lain kecik je kacang je lah nak nak drive tengah-tengah Kangar ni.
Elok masuk je kawasan bandar kereta makin banyak dada makin bergedup kencang stereng aku pegang kuat-kuat kira jadi apape pun stereng ni memang aku tak kan lepas lah.Cikgu kat sebelah pun dah tiga empat kali dok menegur aku signal kiri kanan pun confius lagi.
"Kiri Qila kiri! Awak ingat jalan ni awak punya ke! Awak belok laju2 ni nak kejar sapa! Control break! Awak nak bunuh saya ke?!"
......................................
Dekat 20 kali aku belajar driving baru tuan guru tu buat keputusan nak tamatkan pembelajaran.Hari masa aku nak test tu aku jumpa dia and dia tinggalkan pesan ;
"Awak drive la macam mana pun janji jangan langgar mati orang sudah.."
No comments:
Post a Comment