Monday, December 20, 2010

50

I hate getting older. Mindset aku bila we are getting older every decision that we take its like a risk. Ok tipu memang since we were born all decision yang kita buat adalah risk. Tapi, this time its getting harder.

I've face not-a-really-good-zaman bila aku melangkau 20an ni. Now aku rasa gelisah. Rasa alone even surrounded by people who I love. I cant say let just go with the flow. Aku terlalu manjakan diri aku or berharap agar dimanjakan sangat ke? Aku cuba buat benda lain so then aku boleh alih perhatian and lupakan but seems like it doesnt help. *sigh*

I hate when I cant be who I love to be.. I hate to see some people make decision and they are really confident about it. I hate to realize it was like something is missing and I dont know what it is and I dont know how to get it back. I hate when I dont know how to describe it.

Aku rasa rapuh. I pray to God everyday to give me a little strength. I dont ask for anybody to understand me but cukuplah if you just smile back at me and say "Its ok. Dont worry everything will be ok".

Mentally tired. Physically in pain.

Saturday, December 18, 2010

49

Wa pergi makan kenduri member adik wa bersunat tadi. Wa cakap lu dia punya lauk ayam masak kicap dengan gulai terung+ikan dengan ikan kering goreng dengan sambal belacan tambah lagi dengan terung bakar segala mak nenek ulam bagai.

Wa ingat nak tambah tapi macam segan. Tapi sekarang kalau wa patah balik tempat kenduri buat-buat nak melawat orang bersunat lagi sekali boleh ke?

Nak suruh adik wa pesan kat member dia tolong bungkus lagi lah segan. Tapi serious wa lapar lagi ni. Menyesal control lembah lembut lemah gelamai sopan samtun bebudi bahasa malu maluan nak makan kat tempat kenduri tadi. *sigh*

Sunday, December 12, 2010

48

Wa nak cerita pasal cerita seram. So lepas ni kalau aku bukak blog ni lagi aku boleh teringat balik cerita ni. Since Paish kawan baik aku yang menggeletar call aku tengah-tengah malam ajak aku teman dia berbual after tak boleh tidur nampak 'benda' tu depan-depan mata. Tapi kesian jugak dengar dia kena ganggu kat rumah sendiri.

Ok ceritanya macam ni, last few days parents Paish pergi KL. So since Paish ada kelas he got to stay home lah. Well before this pun dia dah pernah stay sorang-sorang and alhamdulillah tak ada benda bukan-bukan jadi except for dengar bunyi-bunyi yang dia anggap as angin ka etc.

Maghrib tu, dia dah ternampak macam kelibat melintas kat dapur. Tapi ingatkan mainan perasaan ke apa so dia tak ambik port sangat.Sampai lah malamnya bila dia mula dengar pintu rumah bergegar-gegar orang ketuk tapi bila jenguk keluar tak ada orang pun. Kalau nak diikutkan pintu pagar kunci macam mana ada orang boleh masuk ketuk-ketuk pintu pulak.

Dah nak dekat tengah malam dia masuk dalan toilet, berak. Oklah aku guna bahasa sopan sikit, buang air besar. Habis berak dia buka pintu nak keluar hah ambik kau terpacak kat depan pintu toilet. Sebab kaget, Paish tutup balik pintu and tunggu kejap.Ayat Kursi pun ingat separuh je time tu. After a while dia bukak pintu tengok ada lagi. Aku tanya dia apa yang lu nampak. Dia cakap rambut panjang sampai nak cecah lantai kain putih and menghadap ke belakang. Kalau dia pusing aku rasa mau berak lagi sekali si Paish.

Third time dia bukak baru 'benda' tu hilang. Kelam kabut Paish pergi masuk bilik. Entah berapa kali muntah-muntah sampai tertidur. Bangun dari tidur terus call cerita kat member-member.

Capik "Tu la hang berak lama sangat orang lain pun nak guna jugak"

Malam semalam si Paish mesej aku cakap dia dah sampai Melaka naik bus. Sebab tak tahan pintu rumah asyik kena ketuk padahal tak ada orang. Last-last dia decide packing barang bawak motor pergi Kangar beli tiket pergi Melaka. Phew..

Tunggu la balik nanti tengok lagu mana pulek..
Aku pulak lately gila sensetif hidong asyik selsema *sigh*

Thursday, December 9, 2010

47

Rasa rimas, tak selesa, tak boleh stay calm, tak boleh fokus. I hate this kind of feeling. Someone just make my heart goes damdamdum bunyi mercun.

Oh, and it December already. Dah nak habis tahun. Semoga tahun ini disudahi dengan keberkatan. And sempena Maal Hijrah, gua harap gua could become someone better than apa yang gua dah buat tahun ni.

Phew~

Sunday, November 28, 2010

46

Wa rasa wa ada masalah memory yang sangat buruk. I dont know wheter im pretending to forget it ke apa. But for sure masalah ingatan wa ini membawa wa ke arah perlakuan yang di luar jangkaan dan merugikan diri sendiri.

Wa pernah hilang glasses sebab tertinggal dalam bus. Bukan glasses RM10 beli dekat pasar malam haa.. Ini glasses rabun punya pasal. Last few month wa tertinggal handphone pulek dalam bus ketika dalam perjalanan pulang ke kolej. See, hilang lagi.

Itu belum kira wa lupa nama lecturer VB sampai a month before habis semester baru wa tau tempat duduk dia. Before this wa ada terfikir whether wa menuntut ilmu dalam kelas bunian ke hapee kenapa tak pernah nampak pun muka lecturer tu dekat department. *padahal wa memang tak suka masuk department* *sigh*

So when I've decided to change my phone a friend told me supaya tak payah beli handphone mahal-mahal because at the end of the day takut wa hilangkan lagi. Well, wa dah start makan ikan banyak-banyak ni haa to make sure it wont happen again. LMAO

But I use to have a very great memory about certain thing especially dengan people who very close to me and aku sayang ; my family especially. Their smell, their favourite place, what they use to do and etc etc.. And hopefully I'm gonna remember those memories forever.

I MISS THEM..

45

Minggu ni meluangkan masa berdua-duaan dengan Ain Rogayah. Gila romantik. Ok tipu both of us stuck here demi untuk menyiapkan assignment. But it turns to , well bila aku dengan Ain Rogayah kesudahannya masa dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang tak dijangka-jangka keluar dari cita-cita sebenar and assignment pula terbiar begitu sahaja. Tak berjalan pun. *sigh*
Terlebih dahulu ingin mempinta maaf kepada housemate yang lain kalau kalian balik rumah tengok rumah macam kubu berperang. Since peninggalan kalian kami mempergunakan sepenuhnya peluang itu untuk berkuasa sepenuhnya mentadbir rumah tanpa sebarang rules. Hehe..
Oh tadi aku dengan Ain Rogayah were discussing about gaya tidur and maknanya. I'm not sure whether gaya tidur ada berkait dengan perangai seseorang. But it sounds quite funny though.
Shit apsal aku cerita pasal benda-benda gini. Ok tak kira nak paste jugek.
Ain Rogayah cakap tidur buas gaya kuak lentang kuak kupu-kupu renang berirama tak dapat diungkap dengan kata-kata wtf?


tidur terlentan
g dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan dibelakang kepala.
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidupmu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin. Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin sikap kamu yang memilih.

selubung seluruh badan dengan selimut
kamu sering berpenampilan macho di khalayak ramai. Namun hakikatnya jauh di dalam dirimu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendam dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah kamu sering meracau semasa tidur

tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang
sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan diri dan sukar untuk berubah. Kamu juga gemar bersendirian. Walau bagaimanapun sikap toleransi dalam dirimu memang patut dipuji.

tidur meringkuk.
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui dirimu. Kamu sering tergak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

tidur mengiring dan meringkuk
pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan pesonalitimu. Individu yang berada di sekelilingmu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakitimu kerana kamu mudah meletup tanpa kawalan.

tidur mengiring dengan salah satu kaki di bengkokkan

kamu adalah individu yang cerewet, selalu mengkririk dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk dirimu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara untuk yang kecil atau kurnag penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu belajar untuk lebih bertenang.

tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala.

Berbeza dari individu yang tidur mengiring dan meringkuk, kamu adalah individu yang berani, bersopan snatun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kmau perlu membina keyakinan diri agar kebih utuh. Sentiasalah belajar menerima kesilapan serta kekurangan yang ada daam diri. Jika perkara ini dipraktikkan, kegembiraan pasti menjadi milikmu buat selamanya.

tidur meringkuk disatu arah

kamu amat yakin pada diri sendiri. Kamu berjaya dalam setiap apa yang kamu lakukan. Bukan itu saja, kamu juga akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan apa yang diimpikan. Individu yang tidur mengiring ke arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa.
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identity dirimu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, kamu seorang pemboros tp beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya.sikap suka menyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam dirimu.

tidur meniarap
jika kamu tidur meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran sempit.fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impianmu. Kamu juga merupakan individu yang lalai dan tidak teratur. Kini, sudah tiba masanya untuk berubah dan mulakan dengan gaya tidurmu terlebih dulu.

Thursday, October 28, 2010

44

Nak shopping, macam biasa lah kena keluarkan duit. Buat macam wallet aku sentiasa banyak duit sangat padahal everytime nak keluarkan duit jenuh kena tonggeng-tonggengkan wallet cari duit syiling nak bayar barang. Wallet tebal sebab banyak kad saja sebenarnya. Licence, IC, CIMB Card, BSN Card, Toy R us Card, Tesco Card and segala mak nenek benda-benda lain yang tak berkaitan *sigh*

Langlahku laju mentuju ke arah bank BSN bank. Langkah terakhir yang terpaksa diambil akibat keputusan bekalan wang di bank CIMB *lap-lap air mata*
Tak apa sayang nanti I ada duit lebih I cover balik duit simpanan nak beli rumah kita *tetiba*

Kelihatan kelibat dua lagi manusia tengah guna mesin ATM dekat bank tu. Tak apa aku tak kisah dekat sebelah ada lagi satu ATM aku boleh guna.
Aku mendekati ATM tersebut sambil membelai-belai manja.Eh tak tak. Aku nak ambil duit. *Take a deep breath*

Dah masukkan amaun yang dikehendaki. Transakti diterima, kad pun dikeluarkan kembali. Hehe.. And duit pun.
Tapi..



Adat kita orang Melayu dah dapat pemberian tu kena lah ucap terima kasih.
Tapi macam mana lah aku boleh terlepas ucap terima kasih dekat ATM mesin tu after ambil duit. Dang.. Kan abang sebelah tu dah buat muka pelik..

43

Somehow It's True..

42

"Lu kalau masuk kedai jangan jadi macam selalu hah haritu lu masuk Guardian yang kecik tu je mau dekat 2 jam lebih. Setkan siap-siap apa yang lu nak, masuk kedai ambik pergi bayar and belah. Ni wa siap dah habis keluar masuk kedai-kedai keliling OU Kajang tu, patah balik tengok lu tak habis belek barang lagi. Kalau every item punya description dekat rak tu lu check pukul berapa kita nak boleh balik Qila... "

Sunday, October 17, 2010

41

Banyak benda yang jadi. Tak ada keinginan nak menulis. Serabut.

Dont know how to control my temper and how to deal with certain manusia yang macam babi kat sekeliling ni. Im not perfect. So do you.

Sedar tak I try to make everyone happy. Maybe.

Hopefully thing will end well.

Oh,

Even I'm not able to spend my whole time with you,
But you still the most important person in my life

(:

Tuesday, September 14, 2010

40 Skirt/Dress For Sale

1 for RM35. For more detail please visit my facebook aqilah afifi
(:








Thursday, August 26, 2010

39

Aku park kereta betul-betul atas kotak line yang dia sediakan kat stesyen minyak tu dengan cermat. Ya,imej dan kualiti kena jaga baru dapat tunjuk kat orang lain yang aku bukan dapat lesen free dengan membodek abang JPJ tu dengan gula-gula.

"Nak isi berapa hah 5 ringgit dah kot nak pi sampai kajang ja kan?" Aku mintak pendapat rakan-rakan sebagai tanda ukhwah.

Aku melangkah yakin ke kaunter berbekalkan duit 10 ringgit di tangan. Sampai kat kaunter terus aku dengan yakin hulurkan duit dan kata,

"Nak pi kajang"

Abang yang jaga kaunter stesyen minyak tu dah senyum-senyum. Dem betul macam mana boleh tersasul nak cakap 5 ringgit tapi pi sebut nak pi kajang ala-ala nak beli tiket bas pulak ni. Pffttt!!!



AKu bukak puasa dengan McD hari tu. Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaan.

Tuesday, August 3, 2010

Monday, August 2, 2010

37

At the age of 21. Aku selalu terfikir, apa yang aku nak dalam life. Or perhaps apa yang aku mampu buat. Or perhaps, apa yang aku mungkin buat.

Aku letih..

Sumpah aku agak letih lately..

Tapi ada banyak benda yang buat aku gembira dengan life aku lately until aku dah tak pernah berniat nak fikir benda-benda sedih yang aku tak dapat.

Berulang alik seminggu sekali dari KL-Perlis bukan benda mudah. Sumpah mempenatkan bila mana hari-hari weekdays dipenuhi dengan tuntutan ke kelas and kerja presentation and take note order orang. And on weekendnya sampai ke Perlis tengah malam and bangun awal sabtu keesokan harinya and kumpul stock and pos and settlekan semua order yang dah dibuat dalam masa seminggu. Sebab aku hanya ada masa 2 hari untuk settlekan semua tu.

But at least aku gembira bila dapat balik almost tiap-tiap minggu jumpa dengan keluarga aku. Its just, perhaps aku agak letih sampai aku rasa mudah nak marah. Sifat buruk aku rasanya bila aku terlampau letih and serabut aku rasa nak sebak and marah sebab tak boleh nak uruskan kerja aku elok-elok. Hm.. Semua benda kena manage elok-elok so nanti semuanya seimbang. And aku bukanlah seorang yang sukakan life yang terlalu terurus. Haha

Tahniah kepada kedai Abah yang dah almost nak siap. He works really hard for it and insyallah aku berdoa segala penat lelah Abah berbaloi. Even semalam dia kelam kabut dengan majlis kesyukuran and aku pun nak kena bertolak balik semalam jugak. Aku gembira dapat membantu sampai berpeluh-peluh macam baru mandi tapi last-last sempat minum air je hilangkan penat before terus naik bas balik KL.

Aku harap aku almost berada di satu tahap yang boleh buat aku rasa hampir puas hati dengan life aku.


Ah.. Tak best betul tulis benda-benda serious dengan ayat-ayat skema. skdjfknhjrngsjg

Friday, July 30, 2010

36

Pukul 3 pagi ya rakan-rakan.Pukul 3 pagi duduk bersila ramai-ramai bergelak ketawa kemain riang makan durian dengan rambutan dengan langsat bagai.



Esok kelas pukul 8 pagi.

Tuesday, July 20, 2010

35

Dah 10 minit aku dengan Saron terkebil-kebil kat dalam kelas tu. Nampak macam semester ni kami dua saja lah kot bermadu kasih dengan lecture menuntut ilmu DBMS. Aku pandang kau,kau pandang aku, kita pandang lecture, lecture pandang kita.

"Tak boleh jadi ni, dah 10 minit tunggu puan tak masuk lagi. Jom pi tengok dia kat bilik" Semangat awal semester aku berkobar-kobar.

Pintu department aku bukak. Aku melangkah yakin mentuju ke meja lecture. Aku pasti ni mesti meja Puan Mawar lecture DBMS. Aku nampak kelibat 2,3 orang lecture tengah bergosip.Isk,apa ni pembaziran masa dah bazir masa yang sepatutnya kami gunakan untuk belajar mentuntut ilmu dengan bersunguh-sungguh.


"Puan Mawar,kelas dengan kitorang sekarang. Dah 10 minit kami tunggu." *muka yakin*

"Puan Mawar tak ada harini, dia MC. Awak ingat saya Puan Mawar ke?"

Di saat itu jugak aku nampak kelibat Puan Akmal lecture semester lepas pusing belakang tengok aku.

"Ai Aqilah dah semester berapa dah awak kat sini lecture pun tak ingat muka lagi. Ni Puan Amratulnisa" Laju je Puan Akmal bagi ucapan.

"Aaaaa..." Aku terkesima.Aku pandang Saron yang tengah relax lepak kat sofa depan pintu department. Aku lambai-lambai lemah mentagih simpati tak pun bantuan.

Saron dah berair-air mata tergelak-gelak..


Paper bag tak ada ke?Aku dah tak nak masuk department tu dah lepas ni Saaron.Kalau ada apapehal kau jadi lah wakil aku yea.

Wednesday, June 30, 2010

34 Sesame Street and The Simpsons cute t for sale









Elmo and cookie monster t-shirt for sale.100% cotton.
size S and M only.
1 for rm25 exclude postage.
2 for rm50 include postage.
postage rate rm5.
if interested please include me the detail of ;
Name:
Item name/quantity:
Mobile no.:
Address:
feel free to email and ask me at aqilah_afifi@yahoo.com
facebook aqilah afifi

Sunday, June 27, 2010

33 t for sale







100% cotton.Size M,L,XL.
1 for rm25 exclude postage.
2 for rm50 include postage.
postage rate rm5.

if interested please email me the detail ;
Name:
Item name/quantity:
Mobile no.:
Address:
feel free to email and ask me at aqilah_afifi@yahoo.com

Friday, June 25, 2010

32

Something sweet to share with.Got 3 episodes. (;





Monday, June 21, 2010

31

Ok sekarang pukul 4.30 pagi.Bekalan eletrik baru ada setelah 3,4 jam terputus.Tangan aku macam nak patah mengkipas cara manual.Mak cik sebelah dari pukul 2 pagi tadi dok menjerit tak habis-habis tanpa diketahui punca sebenar.Kalau nak tuduh ni punca ketiadaan eletrik ini eletrik dah ada apa lagi tak kena,Phew~

Ok sekarang baru sedar betapa pentingnya eletrik dalam kehidupan aku.Tadi masa dok bersila atas katil sambil mengipas tetiba aku rasa macam ;
Eh dah lah gelap panas seorang diri.Nanti bila mati kena tinggal seorang dalam kubur dalam tempat gelap sempit tak ada siapa-siapa putus hubungan dengan dunia how am i gonna face it.Lepas tu aku mula rasa takut alone and menahan sebak di dada and and eh melankolik kemain.

Pukul 4.30 pagi dok lap-lap hingos tak boleh tidur lagi.Pagi karang nak kena bangun awal hantar adik aku balik sekolah.Penat bangun early in tha morning berlenggang-lenggok ke pasar and driving and berenang kat gua kelam tadi tak habis lagi.Cuti sekolah aku pun dah nak habis. *sigh*

Thursday, June 17, 2010

30

Eh,aku dah start lupa yang aku ada blog.



Pfffftttt!!


Friday, June 4, 2010

29



Wooooh hari-hari yang dilalui dirasakan sangat busy walhal entah apa yang aku busykan entah.Eh actually few weeks ago *weeks!ok I hope its not too late to share since due to popular demand,they're adding another 10,000 pairs to give away!* aku dapat free sample from Freshlook Illuminate. I LOOVEEE FREE SAMPLE!! coz its free. And it feel kinda berbaloi untuk mencuba dulu sebelum membeli since kadang-kadang nampak dekat iklan barangnya macam cool gila but bila dah beli dan guna rasa macam blergh nak saja pergi gadai balik.

Aku sebenarnya pakai glasses and rabun tapi tak sedar diri suka tinggal glasses merata-rata.Ada sekali aku tidur dalam bas from Perlis-KL and bila sedar dah sampai aku terus ambik beg belah langsung tak ingat aku dah tanggalkan glasses and tinggalkan kat dalam bus.Bye bye RM300.

OK pendapat aku,aku suka contact lenses ni sebab ada power untuk golongan macam aku.Its comfortable and its make your eyes look bigger tapi tak adalah sampai nampak macam pelik.Its daily disposable contact lenses by the way.And you'll get 30% baucer together beserta cara-cara pemakaian di dalam sampulnya.Berbaloi mencuba since its FREE.


Oh ya by the way ada lagi satu website which I've just discovered last week which also berkaitan dengan FREE SAMPLE BEAUTY PRODUCT which calles Only Beauty. All you have to do is just register dan pilih sample yang anda inginkan dan tunggu sehingga ia sampai di depan rumah anda.Dan aku sedang menantikan ketibaan my Hydra Energetic Turbo Booster Intense Recovery Moisturiser.Dan ada beauty tips which you also can write and share about your own beauty tips,and contest yang best-best dia punya hadiah,so lets take a look n discover lots of other surprises!



*Eh aku tulis iklan,tapi benda-benda best tak kan tak nak share kan.By the way ia tak ada kaitan dengan Multi Level Marketing* Mbahahaha