Aku park kereta betul-betul atas kotak line yang dia sediakan kat stesyen minyak tu dengan cermat. Ya,imej dan kualiti kena jaga baru dapat tunjuk kat orang lain yang aku bukan dapat lesen free dengan membodek abang JPJ tu dengan gula-gula.
"Nak isi berapa hah 5 ringgit dah kot nak pi sampai kajang ja kan?" Aku mintak pendapat rakan-rakan sebagai tanda ukhwah.
Aku melangkah yakin ke kaunter berbekalkan duit 10 ringgit di tangan. Sampai kat kaunter terus aku dengan yakin hulurkan duit dan kata,
"Nak pi kajang"
Abang yang jaga kaunter stesyen minyak tu dah senyum-senyum. Dem betul macam mana boleh tersasul nak cakap 5 ringgit tapi pi sebut nak pi kajang ala-ala nak beli tiket bas pulak ni. Pffttt!!!
AKu bukak puasa dengan McD hari tu. Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaan.
Thursday, August 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment