Minggu ni meluangkan masa berdua-duaan dengan Ain Rogayah. Gila romantik. Ok tipu both of us stuck here demi untuk menyiapkan assignment. But it turns to , well bila aku dengan Ain Rogayah kesudahannya masa dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang tak dijangka-jangka keluar dari cita-cita sebenar and assignment pula terbiar begitu sahaja. Tak berjalan pun. *sigh*
Terlebih dahulu ingin mempinta maaf kepada housemate yang lain kalau kalian balik rumah tengok rumah macam kubu berperang. Since peninggalan kalian kami mempergunakan sepenuhnya peluang itu untuk berkuasa sepenuhnya mentadbir rumah tanpa sebarang rules. Hehe..
Oh tadi aku dengan Ain Rogayah were discussing about gaya tidur and maknanya. I'm not sure whether gaya tidur ada berkait dengan perangai seseorang. But it sounds quite funny though.
Shit apsal aku cerita pasal benda-benda gini. Ok tak kira nak paste jugek.
Ain Rogayah cakap tidur buas gaya kuak lentang kuak kupu-kupu renang berirama tak dapat diungkap dengan kata-kata wtf?
tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan dibelakang kepala.
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidupmu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin. Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin sikap kamu yang memilih.
selubung seluruh badan dengan selimut
kamu sering berpenampilan macho di khalayak ramai. Namun hakikatnya jauh di dalam dirimu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendam dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah kamu sering meracau semasa tidur
tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang
sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan diri dan sukar untuk berubah. Kamu juga gemar bersendirian. Walau bagaimanapun sikap toleransi dalam dirimu memang patut dipuji.
tidur meringkuk.
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui dirimu. Kamu sering tergak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
tidur mengiring dan meringkuk
pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan pesonalitimu. Individu yang berada di sekelilingmu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakitimu kerana kamu mudah meletup tanpa kawalan.
tidur mengiring dengan salah satu kaki di bengkokkan
kamu adalah individu yang cerewet, selalu mengkririk dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk dirimu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara untuk yang kecil atau kurnag penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu belajar untuk lebih bertenang.
tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala.
Berbeza dari individu yang tidur mengiring dan meringkuk, kamu adalah individu yang berani, bersopan snatun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kmau perlu membina keyakinan diri agar kebih utuh. Sentiasalah belajar menerima kesilapan serta kekurangan yang ada daam diri. Jika perkara ini dipraktikkan, kegembiraan pasti menjadi milikmu buat selamanya.
tidur meringkuk disatu arah
kamu amat yakin pada diri sendiri. Kamu berjaya dalam setiap apa yang kamu lakukan. Bukan itu saja, kamu juga akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan apa yang diimpikan. Individu yang tidur mengiring ke arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.
tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa.
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identity dirimu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, kamu seorang pemboros tp beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya.sikap suka menyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam dirimu.
tidur meniarap
jika kamu tidur meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran sempit.fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impianmu. Kamu juga merupakan individu yang lalai dan tidak teratur. Kini, sudah tiba masanya untuk berubah dan mulakan dengan gaya tidurmu terlebih dulu.
Sunday, November 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment