Monday, December 20, 2010

50

I hate getting older. Mindset aku bila we are getting older every decision that we take its like a risk. Ok tipu memang since we were born all decision yang kita buat adalah risk. Tapi, this time its getting harder.

I've face not-a-really-good-zaman bila aku melangkau 20an ni. Now aku rasa gelisah. Rasa alone even surrounded by people who I love. I cant say let just go with the flow. Aku terlalu manjakan diri aku or berharap agar dimanjakan sangat ke? Aku cuba buat benda lain so then aku boleh alih perhatian and lupakan but seems like it doesnt help. *sigh*

I hate when I cant be who I love to be.. I hate to see some people make decision and they are really confident about it. I hate to realize it was like something is missing and I dont know what it is and I dont know how to get it back. I hate when I dont know how to describe it.

Aku rasa rapuh. I pray to God everyday to give me a little strength. I dont ask for anybody to understand me but cukuplah if you just smile back at me and say "Its ok. Dont worry everything will be ok".

Mentally tired. Physically in pain.

Saturday, December 18, 2010

49

Wa pergi makan kenduri member adik wa bersunat tadi. Wa cakap lu dia punya lauk ayam masak kicap dengan gulai terung+ikan dengan ikan kering goreng dengan sambal belacan tambah lagi dengan terung bakar segala mak nenek ulam bagai.

Wa ingat nak tambah tapi macam segan. Tapi sekarang kalau wa patah balik tempat kenduri buat-buat nak melawat orang bersunat lagi sekali boleh ke?

Nak suruh adik wa pesan kat member dia tolong bungkus lagi lah segan. Tapi serious wa lapar lagi ni. Menyesal control lembah lembut lemah gelamai sopan samtun bebudi bahasa malu maluan nak makan kat tempat kenduri tadi. *sigh*

Sunday, December 12, 2010

48

Wa nak cerita pasal cerita seram. So lepas ni kalau aku bukak blog ni lagi aku boleh teringat balik cerita ni. Since Paish kawan baik aku yang menggeletar call aku tengah-tengah malam ajak aku teman dia berbual after tak boleh tidur nampak 'benda' tu depan-depan mata. Tapi kesian jugak dengar dia kena ganggu kat rumah sendiri.

Ok ceritanya macam ni, last few days parents Paish pergi KL. So since Paish ada kelas he got to stay home lah. Well before this pun dia dah pernah stay sorang-sorang and alhamdulillah tak ada benda bukan-bukan jadi except for dengar bunyi-bunyi yang dia anggap as angin ka etc.

Maghrib tu, dia dah ternampak macam kelibat melintas kat dapur. Tapi ingatkan mainan perasaan ke apa so dia tak ambik port sangat.Sampai lah malamnya bila dia mula dengar pintu rumah bergegar-gegar orang ketuk tapi bila jenguk keluar tak ada orang pun. Kalau nak diikutkan pintu pagar kunci macam mana ada orang boleh masuk ketuk-ketuk pintu pulak.

Dah nak dekat tengah malam dia masuk dalan toilet, berak. Oklah aku guna bahasa sopan sikit, buang air besar. Habis berak dia buka pintu nak keluar hah ambik kau terpacak kat depan pintu toilet. Sebab kaget, Paish tutup balik pintu and tunggu kejap.Ayat Kursi pun ingat separuh je time tu. After a while dia bukak pintu tengok ada lagi. Aku tanya dia apa yang lu nampak. Dia cakap rambut panjang sampai nak cecah lantai kain putih and menghadap ke belakang. Kalau dia pusing aku rasa mau berak lagi sekali si Paish.

Third time dia bukak baru 'benda' tu hilang. Kelam kabut Paish pergi masuk bilik. Entah berapa kali muntah-muntah sampai tertidur. Bangun dari tidur terus call cerita kat member-member.

Capik "Tu la hang berak lama sangat orang lain pun nak guna jugak"

Malam semalam si Paish mesej aku cakap dia dah sampai Melaka naik bus. Sebab tak tahan pintu rumah asyik kena ketuk padahal tak ada orang. Last-last dia decide packing barang bawak motor pergi Kangar beli tiket pergi Melaka. Phew..

Tunggu la balik nanti tengok lagu mana pulek..
Aku pulak lately gila sensetif hidong asyik selsema *sigh*

Thursday, December 9, 2010

47

Rasa rimas, tak selesa, tak boleh stay calm, tak boleh fokus. I hate this kind of feeling. Someone just make my heart goes damdamdum bunyi mercun.

Oh, and it December already. Dah nak habis tahun. Semoga tahun ini disudahi dengan keberkatan. And sempena Maal Hijrah, gua harap gua could become someone better than apa yang gua dah buat tahun ni.

Phew~