Sunday, January 2, 2011

51

OMG its new year already. Apekejadah cepat gila setahun tau tau dah masuk tahun lain dah. *sigh*

Wa tak celebrate new year. Bukan sebab wa poyo ke apa but it just wa tak rasa wa patut menyambut hari di mana umur wa tua setahun. Dulu wa selalu fikir 'huish kesiannya diorang dah tua their life must be really weird kan'. Now Im in that condition. Not good.

Wa rasa wa ada masalah komunikasi lately. Especially with new person. I wish if I could become who I use to be masa zaman dolu-dolu. APsal wa dah tak petah apsal wa rasa gagap pergh pregh pergh mulot hati tolong lah jadi lebih yakin.

Wa busy. Wa taip ni pun laju-laju jap lagi nak mandi lepas tu nak tidur. *tipu padahal kadang-kadang sampai ke pagi mata wa terkebil-kebil wa tak boleh tidur.*

Wa kerja dengan bapak wa. Gila babi busy sampai few days ni sampai rumah je kaki rasa menggeletar sebab letih sangat. Thanks to akak-akak staff kat pejabat bertungkus lumus kerja dari jumaat, sabtu, ahad padahal 3 hari tu patutnya cuti umum tapi cuti ke date ke entah kemana.

Thanks kepada pekerja-pekerja bahagian sampingan yang macam nak gila siapkan kerja renovation dalam masa seminggu sampai tergamak tidur dekat site. Thanks dekat budak-budak uitm yang mampu bersabar even tempat korang tak complete lagi insyallah wa dengan bapak wa *eceh macam wa buat kerja sangat* will try our best settlekan benda-benda yang tak beres lagi besok and paling-paling pun minggu ni. Ok serious petang tadi wa cuak bila fikir pasal benda ni since I never face this kind of situation. Ok esok banyak kerja jenuh nak travel. *Om nom nom*

Oh ya. Thanks to adik wa Cik Munie yang turut sama serta tolong kat kedai. Wa pulak tukang masuk kedai pau air bila letih. Haha.

Wa takde azam. Wa just hope apa yang wa buat tahun ni, wa boleh buat sehabis baik. Wa nak kaya *haha melampau wish ni*. And semoga hati ni sentiasa ingat tuhan and dipermudahkan segala urusan.

And the most important thing is. Thanks to Mom and Dad and my whole family. You are the best thing I ever had.

(=

Monday, December 20, 2010

50

I hate getting older. Mindset aku bila we are getting older every decision that we take its like a risk. Ok tipu memang since we were born all decision yang kita buat adalah risk. Tapi, this time its getting harder.

I've face not-a-really-good-zaman bila aku melangkau 20an ni. Now aku rasa gelisah. Rasa alone even surrounded by people who I love. I cant say let just go with the flow. Aku terlalu manjakan diri aku or berharap agar dimanjakan sangat ke? Aku cuba buat benda lain so then aku boleh alih perhatian and lupakan but seems like it doesnt help. *sigh*

I hate when I cant be who I love to be.. I hate to see some people make decision and they are really confident about it. I hate to realize it was like something is missing and I dont know what it is and I dont know how to get it back. I hate when I dont know how to describe it.

Aku rasa rapuh. I pray to God everyday to give me a little strength. I dont ask for anybody to understand me but cukuplah if you just smile back at me and say "Its ok. Dont worry everything will be ok".

Mentally tired. Physically in pain.

Saturday, December 18, 2010

49

Wa pergi makan kenduri member adik wa bersunat tadi. Wa cakap lu dia punya lauk ayam masak kicap dengan gulai terung+ikan dengan ikan kering goreng dengan sambal belacan tambah lagi dengan terung bakar segala mak nenek ulam bagai.

Wa ingat nak tambah tapi macam segan. Tapi sekarang kalau wa patah balik tempat kenduri buat-buat nak melawat orang bersunat lagi sekali boleh ke?

Nak suruh adik wa pesan kat member dia tolong bungkus lagi lah segan. Tapi serious wa lapar lagi ni. Menyesal control lembah lembut lemah gelamai sopan samtun bebudi bahasa malu maluan nak makan kat tempat kenduri tadi. *sigh*

Sunday, December 12, 2010

48

Wa nak cerita pasal cerita seram. So lepas ni kalau aku bukak blog ni lagi aku boleh teringat balik cerita ni. Since Paish kawan baik aku yang menggeletar call aku tengah-tengah malam ajak aku teman dia berbual after tak boleh tidur nampak 'benda' tu depan-depan mata. Tapi kesian jugak dengar dia kena ganggu kat rumah sendiri.

Ok ceritanya macam ni, last few days parents Paish pergi KL. So since Paish ada kelas he got to stay home lah. Well before this pun dia dah pernah stay sorang-sorang and alhamdulillah tak ada benda bukan-bukan jadi except for dengar bunyi-bunyi yang dia anggap as angin ka etc.

Maghrib tu, dia dah ternampak macam kelibat melintas kat dapur. Tapi ingatkan mainan perasaan ke apa so dia tak ambik port sangat.Sampai lah malamnya bila dia mula dengar pintu rumah bergegar-gegar orang ketuk tapi bila jenguk keluar tak ada orang pun. Kalau nak diikutkan pintu pagar kunci macam mana ada orang boleh masuk ketuk-ketuk pintu pulak.

Dah nak dekat tengah malam dia masuk dalan toilet, berak. Oklah aku guna bahasa sopan sikit, buang air besar. Habis berak dia buka pintu nak keluar hah ambik kau terpacak kat depan pintu toilet. Sebab kaget, Paish tutup balik pintu and tunggu kejap.Ayat Kursi pun ingat separuh je time tu. After a while dia bukak pintu tengok ada lagi. Aku tanya dia apa yang lu nampak. Dia cakap rambut panjang sampai nak cecah lantai kain putih and menghadap ke belakang. Kalau dia pusing aku rasa mau berak lagi sekali si Paish.

Third time dia bukak baru 'benda' tu hilang. Kelam kabut Paish pergi masuk bilik. Entah berapa kali muntah-muntah sampai tertidur. Bangun dari tidur terus call cerita kat member-member.

Capik "Tu la hang berak lama sangat orang lain pun nak guna jugak"

Malam semalam si Paish mesej aku cakap dia dah sampai Melaka naik bus. Sebab tak tahan pintu rumah asyik kena ketuk padahal tak ada orang. Last-last dia decide packing barang bawak motor pergi Kangar beli tiket pergi Melaka. Phew..

Tunggu la balik nanti tengok lagu mana pulek..
Aku pulak lately gila sensetif hidong asyik selsema *sigh*

Thursday, December 9, 2010

47

Rasa rimas, tak selesa, tak boleh stay calm, tak boleh fokus. I hate this kind of feeling. Someone just make my heart goes damdamdum bunyi mercun.

Oh, and it December already. Dah nak habis tahun. Semoga tahun ini disudahi dengan keberkatan. And sempena Maal Hijrah, gua harap gua could become someone better than apa yang gua dah buat tahun ni.

Phew~

Sunday, November 28, 2010

46

Wa rasa wa ada masalah memory yang sangat buruk. I dont know wheter im pretending to forget it ke apa. But for sure masalah ingatan wa ini membawa wa ke arah perlakuan yang di luar jangkaan dan merugikan diri sendiri.

Wa pernah hilang glasses sebab tertinggal dalam bus. Bukan glasses RM10 beli dekat pasar malam haa.. Ini glasses rabun punya pasal. Last few month wa tertinggal handphone pulek dalam bus ketika dalam perjalanan pulang ke kolej. See, hilang lagi.

Itu belum kira wa lupa nama lecturer VB sampai a month before habis semester baru wa tau tempat duduk dia. Before this wa ada terfikir whether wa menuntut ilmu dalam kelas bunian ke hapee kenapa tak pernah nampak pun muka lecturer tu dekat department. *padahal wa memang tak suka masuk department* *sigh*

So when I've decided to change my phone a friend told me supaya tak payah beli handphone mahal-mahal because at the end of the day takut wa hilangkan lagi. Well, wa dah start makan ikan banyak-banyak ni haa to make sure it wont happen again. LMAO

But I use to have a very great memory about certain thing especially dengan people who very close to me and aku sayang ; my family especially. Their smell, their favourite place, what they use to do and etc etc.. And hopefully I'm gonna remember those memories forever.

I MISS THEM..

45

Minggu ni meluangkan masa berdua-duaan dengan Ain Rogayah. Gila romantik. Ok tipu both of us stuck here demi untuk menyiapkan assignment. But it turns to , well bila aku dengan Ain Rogayah kesudahannya masa dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang tak dijangka-jangka keluar dari cita-cita sebenar and assignment pula terbiar begitu sahaja. Tak berjalan pun. *sigh*
Terlebih dahulu ingin mempinta maaf kepada housemate yang lain kalau kalian balik rumah tengok rumah macam kubu berperang. Since peninggalan kalian kami mempergunakan sepenuhnya peluang itu untuk berkuasa sepenuhnya mentadbir rumah tanpa sebarang rules. Hehe..
Oh tadi aku dengan Ain Rogayah were discussing about gaya tidur and maknanya. I'm not sure whether gaya tidur ada berkait dengan perangai seseorang. But it sounds quite funny though.
Shit apsal aku cerita pasal benda-benda gini. Ok tak kira nak paste jugek.
Ain Rogayah cakap tidur buas gaya kuak lentang kuak kupu-kupu renang berirama tak dapat diungkap dengan kata-kata wtf?


tidur terlentan
g dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan dibelakang kepala.
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidupmu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin. Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin sikap kamu yang memilih.

selubung seluruh badan dengan selimut
kamu sering berpenampilan macho di khalayak ramai. Namun hakikatnya jauh di dalam dirimu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendam dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah kamu sering meracau semasa tidur

tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang
sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan diri dan sukar untuk berubah. Kamu juga gemar bersendirian. Walau bagaimanapun sikap toleransi dalam dirimu memang patut dipuji.

tidur meringkuk.
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui dirimu. Kamu sering tergak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

tidur mengiring dan meringkuk
pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan pesonalitimu. Individu yang berada di sekelilingmu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakitimu kerana kamu mudah meletup tanpa kawalan.

tidur mengiring dengan salah satu kaki di bengkokkan

kamu adalah individu yang cerewet, selalu mengkririk dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk dirimu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara untuk yang kecil atau kurnag penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu belajar untuk lebih bertenang.

tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala.

Berbeza dari individu yang tidur mengiring dan meringkuk, kamu adalah individu yang berani, bersopan snatun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Justeru itu, kmau perlu membina keyakinan diri agar kebih utuh. Sentiasalah belajar menerima kesilapan serta kekurangan yang ada daam diri. Jika perkara ini dipraktikkan, kegembiraan pasti menjadi milikmu buat selamanya.

tidur meringkuk disatu arah

kamu amat yakin pada diri sendiri. Kamu berjaya dalam setiap apa yang kamu lakukan. Bukan itu saja, kamu juga akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan apa yang diimpikan. Individu yang tidur mengiring ke arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa.
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identity dirimu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, kamu seorang pemboros tp beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya.sikap suka menyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam dirimu.

tidur meniarap
jika kamu tidur meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran sempit.fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impianmu. Kamu juga merupakan individu yang lalai dan tidak teratur. Kini, sudah tiba masanya untuk berubah dan mulakan dengan gaya tidurmu terlebih dulu.