Tuesday, September 14, 2010

40 Skirt/Dress For Sale

1 for RM35. For more detail please visit my facebook aqilah afifi
(:








Thursday, August 26, 2010

39

Aku park kereta betul-betul atas kotak line yang dia sediakan kat stesyen minyak tu dengan cermat. Ya,imej dan kualiti kena jaga baru dapat tunjuk kat orang lain yang aku bukan dapat lesen free dengan membodek abang JPJ tu dengan gula-gula.

"Nak isi berapa hah 5 ringgit dah kot nak pi sampai kajang ja kan?" Aku mintak pendapat rakan-rakan sebagai tanda ukhwah.

Aku melangkah yakin ke kaunter berbekalkan duit 10 ringgit di tangan. Sampai kat kaunter terus aku dengan yakin hulurkan duit dan kata,

"Nak pi kajang"

Abang yang jaga kaunter stesyen minyak tu dah senyum-senyum. Dem betul macam mana boleh tersasul nak cakap 5 ringgit tapi pi sebut nak pi kajang ala-ala nak beli tiket bas pulak ni. Pffttt!!!



AKu bukak puasa dengan McD hari tu. Bulan-bulan puasa ni memang banyak dugaan.

Tuesday, August 3, 2010

Monday, August 2, 2010

37

At the age of 21. Aku selalu terfikir, apa yang aku nak dalam life. Or perhaps apa yang aku mampu buat. Or perhaps, apa yang aku mungkin buat.

Aku letih..

Sumpah aku agak letih lately..

Tapi ada banyak benda yang buat aku gembira dengan life aku lately until aku dah tak pernah berniat nak fikir benda-benda sedih yang aku tak dapat.

Berulang alik seminggu sekali dari KL-Perlis bukan benda mudah. Sumpah mempenatkan bila mana hari-hari weekdays dipenuhi dengan tuntutan ke kelas and kerja presentation and take note order orang. And on weekendnya sampai ke Perlis tengah malam and bangun awal sabtu keesokan harinya and kumpul stock and pos and settlekan semua order yang dah dibuat dalam masa seminggu. Sebab aku hanya ada masa 2 hari untuk settlekan semua tu.

But at least aku gembira bila dapat balik almost tiap-tiap minggu jumpa dengan keluarga aku. Its just, perhaps aku agak letih sampai aku rasa mudah nak marah. Sifat buruk aku rasanya bila aku terlampau letih and serabut aku rasa nak sebak and marah sebab tak boleh nak uruskan kerja aku elok-elok. Hm.. Semua benda kena manage elok-elok so nanti semuanya seimbang. And aku bukanlah seorang yang sukakan life yang terlalu terurus. Haha

Tahniah kepada kedai Abah yang dah almost nak siap. He works really hard for it and insyallah aku berdoa segala penat lelah Abah berbaloi. Even semalam dia kelam kabut dengan majlis kesyukuran and aku pun nak kena bertolak balik semalam jugak. Aku gembira dapat membantu sampai berpeluh-peluh macam baru mandi tapi last-last sempat minum air je hilangkan penat before terus naik bas balik KL.

Aku harap aku almost berada di satu tahap yang boleh buat aku rasa hampir puas hati dengan life aku.


Ah.. Tak best betul tulis benda-benda serious dengan ayat-ayat skema. skdjfknhjrngsjg

Friday, July 30, 2010

36

Pukul 3 pagi ya rakan-rakan.Pukul 3 pagi duduk bersila ramai-ramai bergelak ketawa kemain riang makan durian dengan rambutan dengan langsat bagai.



Esok kelas pukul 8 pagi.

Tuesday, July 20, 2010

35

Dah 10 minit aku dengan Saron terkebil-kebil kat dalam kelas tu. Nampak macam semester ni kami dua saja lah kot bermadu kasih dengan lecture menuntut ilmu DBMS. Aku pandang kau,kau pandang aku, kita pandang lecture, lecture pandang kita.

"Tak boleh jadi ni, dah 10 minit tunggu puan tak masuk lagi. Jom pi tengok dia kat bilik" Semangat awal semester aku berkobar-kobar.

Pintu department aku bukak. Aku melangkah yakin mentuju ke meja lecture. Aku pasti ni mesti meja Puan Mawar lecture DBMS. Aku nampak kelibat 2,3 orang lecture tengah bergosip.Isk,apa ni pembaziran masa dah bazir masa yang sepatutnya kami gunakan untuk belajar mentuntut ilmu dengan bersunguh-sungguh.


"Puan Mawar,kelas dengan kitorang sekarang. Dah 10 minit kami tunggu." *muka yakin*

"Puan Mawar tak ada harini, dia MC. Awak ingat saya Puan Mawar ke?"

Di saat itu jugak aku nampak kelibat Puan Akmal lecture semester lepas pusing belakang tengok aku.

"Ai Aqilah dah semester berapa dah awak kat sini lecture pun tak ingat muka lagi. Ni Puan Amratulnisa" Laju je Puan Akmal bagi ucapan.

"Aaaaa..." Aku terkesima.Aku pandang Saron yang tengah relax lepak kat sofa depan pintu department. Aku lambai-lambai lemah mentagih simpati tak pun bantuan.

Saron dah berair-air mata tergelak-gelak..


Paper bag tak ada ke?Aku dah tak nak masuk department tu dah lepas ni Saaron.Kalau ada apapehal kau jadi lah wakil aku yea.

Wednesday, June 30, 2010

34 Sesame Street and The Simpsons cute t for sale









Elmo and cookie monster t-shirt for sale.100% cotton.
size S and M only.
1 for rm25 exclude postage.
2 for rm50 include postage.
postage rate rm5.
if interested please include me the detail of ;
Name:
Item name/quantity:
Mobile no.:
Address:
feel free to email and ask me at aqilah_afifi@yahoo.com
facebook aqilah afifi